Bawa teman lelaki jumpa mak ayah, pemuda jadi imam untuk keluarga kekasih
Blog berisikan informasi yang bermanfaat
Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan mereka dengan membina sebuah perkahwinan yang bahagia. Sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, para pasangan kebiasaannya terlebih dahulu meminta restu daripada keluarga agar kehidupan yang dibina lebih berkat dan bahagia.
Di Twitter, seorang gadis berkongsikan keterujaan apabila keluarga terutamanya ibu bapanya berbesar hati untuk berkenalan dengan pemuda yang berjaya menambat hati anak gadis mereka.
Lebih mengujakan dan meraih perhatian ramai, teman lelaki gadis ini bukan sekadar bertemu dengan ibu bapanya sahaja malah pemuda itu juga turut mengimamkan keluarga kekasihnya ketika solat berjemaah bersama-sama.
Berkongsikan pengalaman indah ini di laman Twitter, walaupun masih berusia 19 tahun ini berharap agar orang lain boleh belajar sesuatu daripada hubungan mereka berdua.
Turut meninggalkan pesanan untuk kaum lelaki, soal agama adalah perkara yang penting untuk diketengahkan.
Sudah tentunya, di ruangan komen ramai yang dilihat turut merasa teruja dengan layanan yang diberika oleh keluarga gadis tersebut kepada teman lelaki anaknya. Perkongsian gadis yang memaparkan teman lelaki menjadi imam kepada keluarganya, sehingga kini telah meraih hampir 4,000 ulang kicau dan lebih 10,600 tanda suka dalam kalangan netizen.
0 Response to "Bawa teman lelaki jumpa mak ayah, pemuda jadi imam untuk keluarga kekasih"
Posting Komentar